SmartDidik
Contoh: RPH, Matematik Tahun 6, SPM, PAK21, Biasiswa, AI Pendidikan...
Subjek›Bahasa Melayu Tahun 4›Kata Adjektif
✦ Nota Bahasa Melayu · Tatabahasa

Kata Adjektif

Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama.

▤ 5 bahagian ✓ 53 isi penting ◷ ± 3 minit
✦
Ringkasan Mudah

Apa yang akan dipelajari?

Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama.

01
Panduan Cepat

Cara mengenal

✦
  • ✓Kata adjektif boleh menerima kata penguat seperti sangat, amat, paling, terlalu dan sekali.
02
Contoh Penggunaan

Contoh

“
  • ✓sangat cantik
  • ✓jalan yang curam
  • ✓suara yang merdu
  • ✓rumah yang luas
03
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 1

“
  • ✓Kakak risau melihat kelakuan adik yang suka bercakap bohong.
  • ✓Pengemis itu makan dengan gelojoh kerana terlalu lapar.
  • ✓Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah lebat.
  • ✓Ibu menyapu daun-daun yang gugur itu.
  • ✓Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati ketika melalui jalan lereng bukit yang curam itu.
  • ✓Sarah terlalu gembira apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
  • ✓Kuda adalah antara haiwan yang pantas berlari.
  • ✓Warna biru pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
  • ✓Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat merdu.
  • ✓Ruang tamu rumah kami menjadi lebih ceria setelah ayah membeli perabot baharu.
  • ✓Daging kambing yang belum dicuci itu berbau hamis.
  • ✓Puan Kamariah berasa risau kerana anaknya masih belum pulang sedangkan hari sudah malam.
  • ✓Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter kerana kakinya kejang.
  • ✓Suasana rumah Mak Siah yang suram itu menyebabkan kami berasa seram.
  • ✓Hubungan antara Lisa dan Venessa menjadi dingin selepas pergaduhan itu.
  • ✓Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan teliti oleh pekerja-pekerja yang mahir.
  • ✓Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu sungguh bernas dan tepat.
  • ✓Pelancong dari negara Jepun itu fasih berbahasa Melayu walaupun baru sebulan di negara kita.
04
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 2

“
  • ✓Tayar kereta Arun tiris tercucuk paku.
  • ✓Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka keluarganya yang luas itu.
  • ✓Gelanggang takraw yang terletak di hujung Taman Manis itu sentiasa bersih.
  • ✓Hujan lebat yang turun menyebabkan banjir kilat berlaku di Kampung Raja.
  • ✓Semua orang di dalam surau itu mendengar ceramah agama dengan khusyuk.
  • ✓Haji Deraman mengeluarkan padi yang usang itu dari dalam kepuk untuk diberi kepada ayam-ayamnya.
  • ✓Amelia cemburu akan kecantikan rakannya yang digilai ramai lelaki.
  • ✓Walaupun harganya mahal, barang itu bermutu tinggi.
  • ✓Pak Ali termenung di jendela sambil mengimbau kenangan silam __.
  • ✓Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan dia di benci oleh rakan- rakannya.
  • ✓Gunung Kinabalu ialah gunung yang tinggi sekali di Malaysia.
  • ✓“Wah, tinggi _____ sungguh Menara Berkembar Petronas ini! ” kata Zhi Yang.
  • ✓Saleh membaca buku sambil berehat di bawah pohon yang rendang itu.
  • ✓Pakaian yang disidai itu masih lembab.
  • ✓Ayah memakai baju yang berwarna- kelabu.
  • ✓Bayi kembar Puan Puvaneswari itu sungguh comel.
  • ✓Telur itik berbentuk bujur.
  • ✓Banglo yang baru dibeli oleh ayah dekat dengan sekolah saya.
05
Contoh Penggunaan

Contoh Penggunaan 3

“
  • ✓Encik Rashid seorang peguam yang tegas.
  • ✓Ghayatiri tenang menghadapi setiap masalah yang menimpa keluarganya.
  • ✓Saya suka tinggal di kawasan desa kerana suasananya tenang.
  • ✓Bubur nasi itu berbau hangit kerana terlalu lama dimasak.
  • ✓Biskut yang dibakar oleh ibu sangat sedap.
  • ✓Yusri belajar dengan tekun agar tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapanya.
  • ✓Ibu memotong buah itu dengan pisau yang tajam.
  • ✓Lauk ayam itu sudah basi kerana ibu lupa untuk memanaskannya malam tadi.
  • ✓Udara di atas bukit ini nyaman sekali.
  • ✓Sayur-sayuran di kebun Encik Ravi itu hidup subur kerana dibaja dan dijaga dengan baik.
  • ✓Walaupun datuk sudah tua, beliau masih lagi kuat untuk berkebun.
  • ✓Si Comel berbau harum selepas dimandikan oleh kakak.
✓
Nota selesai dibaca

Teruskan ke topik seterusnya

Pilih nota lain untuk teruskan pembelajaran mengikut bab.